Sunday, September 28, 2008

TAUBAT

-Taubat ialah menghentikan segala perbuatan dosa dan menyesali serta bertekad tidak akan mengulanginya lagi buat selama- lamanya.
- Kecenderungan bertaubat memohon keampunan dan menyerah diri kepada Allah merupakan sifat utama yang dimiliki oleh orang yang beriman, bertakwa, dan beramal salih kepada Allah.
-Taubat dan istigfar sangat dituntut ke atas setiap orang beriman kerana kedua-duanya merupakan perbendeharaan amal dan jalan untuk mendekatkan diri kepad Allah untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
- Keutamaan dan kewajipan taubat dapat menyedarkan manusia daripada terus berbuat dosa dan segala larangan Allah. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka bagi orang yang berbuat dosa dan insaf terhadap segala kesalahan yang di lakukan.

- Firman Allah yang bermaksud Dan beristigfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.( Surah al- Baqarah :199)


- Para ulama membahagikan taubat kepada tiga kategori iaitu:

a) Taubat orang awam iaitu taubat yang dilakukan kerana melakukan dosa atau kesalahan yang zahir seperti membunuh.
b) Taubat khusus, iaitu taubat yang dilakukan oleh golongan ulama dan salihin daripada dosa-dosa batin seperti riyak
c) Taubat lebih khusus iaitu taubat daripada setiap kelakuan terhadap nikmat Allah dan perintah-Nya.

- Syarat- syarat bertaubat

- Berhenti daripada melakukan maksiat dan dosa
- Berazam bersungguh- sungguh tidak akan mengulanginya lagi perkara tersebut
- Memohon ampun dan maaf atau kerelaan dari orang yang berkenaan atau mengembalikan barang yang pernah diambil serta menarik balik segala perbuatan keji yang pernah diucapkan.
- Oleh itu, bertaubat dab beristigfar hendaklah dilakukan setiap masa kerana tindak- tanduk dan gerak- geri manusia tidak terlepas daripada berbuat dosa samada secara langsung atau tidak langsung,


- Hikmah bertaubat antaranya :
- Dapat membersihkan hati dan jiwa serta disukai oleh Allah
- Memperoleh kemenangan dalam hidupnya
- Dihapuskan Allah segala dosa
- Diterima taubat oleh Allah
- Tergolong orang yang tidak berdosa

- Kesimpulannya ialah dengan sentiasa bertaubat kepada Allah daripada segala noda dan dosa akan memperoleh keampunan Allah dan dapat membersihkan hati dan jiwa di samping boleh mendekatkan diri kepada - Nya.


No comments: