Wednesday, September 24, 2008

RIYAK

-Riyak adalah sifat mazmumah yang dilarang dalam Islam

-Perbuatan riyak tersembunyi di dalam hati, perasaan, dan peribadi seseorang bergantung kepada niat tertentu.

- Menurut Imam al-Ghazali, riyak ialah mencari kedudukan di hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan.

- Pada hakikatnya seseorang yang melakukan riyak bertujuan untuk menampakkan dirinya kepada orang lain agar diketahui kehebatannya,kebaikannya, perjuangannya, dan amalnya.
Saidina Ali bin Abi Talib berkata:
"Orang yang bersifat riyak itu mempunyai tiga tanda, iaitu malas apabila bersendirian, rajin apabila berada dikalangan orang ramai dan dia menambahkan amal apabila dia dipuji dan dikurangkan apabila dicela."

- Riyak biasanya berlaku melalui perbuatan, percakapan dan tulisan agar mendapat kemasyhuran, pujian dan sanjungan serta perhatian orang lain.

- Dalam Islam, riyak adalah haram hukumnya dan amat dibenci oleh Allah s.w.t.

- Firman Allah yang bermaksud Maka celakalah orang yang bersembahyang, iaitu yang lalai daripada bersembahyang dan berhati riyak dengan itu.( Surah Al-Maun:4-6)

- Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud Sesuatu yang paling aku khuatirkan di antara kamu ialah syirik kecil, lalu ditanyakan oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda: iaitu riyak.

( H.R Ahmad dan Al-Baihaqi)

- Ada ulama membahagikan riyak itu kepada dua hal, iaitu yang berhubung dengan soal ibadat dan hal yang tidak berhubung dengan ibadat.

- Adapun riyak yang berhubung dengan peribadatan seperti sembahyang, zakat, haji , puasa dan sebagainya adalah dilarang dan wajib dijaga kerana ia akan menghapuskan pahala ibadat tersebut.

- Manakala riyak yang bukan merupakan soal ibadat kadangkala hukumnya harus seperti meratakan serban, merapikan rambut,berpakaian kemas agar tidak dipandang hina atau tidak menyerupai pakaian orang kafir.

- Menurut Imam Al-Ghazali,riyak melibatkan lima perkara penting iaitu tubuh, perkataan, perbuatan, pakaian, dan pengikut atau pengaruh.

PUNCA TIMBULNYA RIYAK
1) Tidak berasa puas denagn kedudukan yang ada

2) Ingin mendapat pujian, sanjungan, dan penghormatan terhadap jasa dan kebaikan.

3) Ingin memperlihatkan ketaatan, ketakwaan, kewarakan dan kezuhudannya.

4) Ingin memperlihatkan kepada orang lain agar mengikuti atau mencontohinya.

AKIBAT PERBUATAN RIYAK
a) Boleh menghapuskan segala amal kebajikan

b) Tergolong sebagai syirik kecil

c) Dimurkai Allah dan dibenci oleh manusia

d) Segala amalan kebajikan tidak mendapat keberkatan daripada Allah

e) Memperoleh azab Allah di akhirat

RAWATAN PERBUATAN RIYAK
a) Menginsafi bahawa riyak itu boleh merosakkan amal kebajikan dan mendapat azab Allah

b) Menyedari bahawa riyak itu diketahui Allah tujuannya

c) Membenci perbuatan riyak kerana ia adalah perbuatan syaitan

d) Bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah

KESIMPULANNYA
- Riyak merupakan gejala penyakit rohani yang boleh merosakkan amalan kebajikan manusia dan amat dimurkai Allah.Justeru itu, umat Islam hendaklah ikhlas dalam melaksanakan amalan kebajikan supaya diterima oleh Allah s.w.t.

No comments: