Monday, May 18, 2009

BERMULANYA PRAPATIKUM BAGI PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN 1

11 MEI 2009 - ISNIN

* Pada tarikh ini kami diminta untuk melaporkan diri di sekolah masing-masing untuk memulakan sesi persekolahan yang telah lama ditinggalkan oleh kami semua. Akan tetapi saya dan beberapa sahabat-sahabat saya yang lain tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut kerana pada hari tersebut telah diadakan satu temudaga kementerian pelajaran malaysia. Saya dan beberapa sahabat yang tidak dapat menghadirkan diri diminta memberitahu kepada pihak pengetua sekolah untuk membuat penagguhan sehari kerana tidak dapat menghadirkan diri atas alasan ini.

12 MEI 2009 - SELASA

* 7.20 a.m - Bermulanya prapatikum kami di sekolah bagi mendedahkan suasana apabila berada di alam sekolah. Saya telah hadir ke sekolah dengan menghadirkan diri di perhimpunan sehinggalah berakhirnya perucapan dari guru-guru dan disertai oleh pengetua sekolah menengah agama chenor(smac).

* 9.00 a.m - Saya dan seorang sahabat saya yang bernama masitah turut mendapat di sekolah yang sama untuk menjalani prapatikum selama 4 minggu di sekolah ini. Saya bersama dengan masitah telah pergi ke bilik pengetua untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada pengetua sekolah agama chenor ini. Kami diberitahu serba sedikit mengenai sekolah dan pentadbiran sekolah yang dilaksanakan oleh beliau.

* 10.00 a.m - Setelah selesai bertemu dengan pengtua kami berdua telah pergi ke bilik guru lelaki dan wanita untuk berkenalan denga guru- guru dengan lebih rapat lagi di antara satu sama lain. Ada diantara guru yang kami kenali dan ada jjuga sebahagian guru yang kami tidak kenali kerana kebanyakkan guru pada tahun ini telah ramai berpindah di sekolah- sekolah yang lain.

* 11.00 a.m - Kami berdua pergi ke kantin untuk rehat seketika untuk menikmati makanan di kantin sekolah.

* 11.30 a.m - Setelah selesai makan kami berdua telah diberi meja di dalam bilik guru perempuan dan diberi guru pendamping 2 orang iaitu ustazah zainun dan teacher zainun.

* 12.00 p.m - Kami diminta untuk membantu guru menyediakan kertas soalan bagi subjek nahu untuk tingkatan 1, tauhid dan adab untuk tingkatan 4.

* 1.30 p.m - Kami berdua berbual-bual dengan guru-guru sebelum pulang ke rumah.

* 2.05 p.m - Balik rumah.....

13 MEI 2009 - RABU

* 7.20 a.m - Hadir ke sekolah dan menghadirkan perhimpunan....

* 8.30 a.m - Menjaga kelas peperiksaan bagi tingkatan 4 hidayah.

* 9.00 a.m - Menjaga kelas peperiksaan bagi tingkatan 4 taufik.

* 10.00 a.m - Berehat seketika di kantin

* 10.30 a.m - Diberi kerja untuk menyiapkan kertas soalan peperiksaan sirah bagi tingkatan 1 dan 2...

* 11.15 a.m - Berjumpa dengan pengetua sekejap..

* 11.30 a.m - Menjaga kelas peperiksaan bagi tingkatan 5 taufik...

* 1.00 p.m - Habis menjaga kelas peperiksaan pada hari ini..dan berborak dengan guru-guru mengenai pelajar-pelajar di sekolah ini.

* 2.05 p.m - Balik ke rumah....

14 MEI 2009 - KHAMIS

* 8.30 a.m - Masuk ke kelas tingkatan 2 yang diajar oleh teacher Nor liyana bagi subjek science untuk melihat kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diberikan kepada pelajar- pelajar.

* 9.00 a.m - Berjumpa dengan warden aspura iaitu ustaz Syed untuk mendengar beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajar sepanjang tahun ini.

* 9.40 a.m - Masuk ke kelas tingkatan 1 yang diajar oleh ustaz Faisal bagi subjek seni khat. Pelbagai kaedah yang diberikan kepada pelajar bagi memudahkan pelajar-pelajar memahami setiap langkah yang ditunjukkan...

* 10.30 a.m - Rehat

* 11.00 a.m - Berjumpa dengan guru Hal Ehwal Murid ( HEM ) iaitu En. Sofian untuk bertanyakan serba sedikit mengenai pelajar -pelajar di sekolah ini....

* 12.00 p.m - Berjumpa dengan guru Ko- Kurikulum iaitu Ustaz Khairudin untuk bertanyakan serba sedikit mengenai perkembangan peningkatan tahap sukan yang dijalankan pada tahun ini...

* 1.00 p.m - Ronda-ronda sekolah untuk melihat suasana persekitaran di sekolah ini...

* 1.30 p.m - Berborak dengan guru pendamping...

* 2.05 p.m - Balik ke rumah...

15 MEI 2009 - JUMAAT

* 8.00 a.m - Menjaga kelas peperiksaan bagi tingkatan 5 hidayah untuk subjek matematik kertas 2...

* 8.30 a.m - Menyambung kelas peperiksaan bagi tingkatan 5 taufik bagi subjek matematik kertas 2 juga....

* 10.30 a.m - Rehat

* 11.30 a.m - Menjaga kelas peperiksaan bagi tingkatan 4 hidayah..

* 12.05 p.m - Balik ke rumah..

18 MEI 2009 - ISNIN

- SAMBUTAN HARI GURU 2009

Saturday, May 16, 2009

6 TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010

1. Membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa.
2. Pembangunan modal insan di bawah PIPP memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains danteknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.

3. Memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat. Selaras dengan usaha itu, KPM akan melengkapkan SK dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi, berkualiti, terkini dan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Seterusnya, sebagai teras keempat, KPM akan berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan khususnya diluar bandar seperti Sabah dan Sarawak.
4. KPM akan memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin, keperluan khas, kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital serta menempatkan guru terlatih.
5. Memartabatkan profesion keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. Sebahagian daripada usaha itu ialah menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru bagi meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan membentuk bahagian kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus yang lain. Sekolah yang terpilih akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara dengan menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate serta dijadikan sekolah contoh.

ISU - ISU PENDIDIKAN ISLAM

1) Kurikulum gagal membentuk sahsiah diri pelajar
• Kurikulum ( manhaj ) adalah cara atau pendekatan yang digunakan oleh guru terhadap pelajarnya untuk mengembangkan pengetahuan, membentuk ketrampilan dan sikap mereka.
• Isu-isu seperti ponteng sekolah atau nakal di sekolah sudah tidak menjadi isu utama. Sebaliknya isu gangsterism, dadah, lepak dan aktiviti seks bebas sudah menular ke sekolah. Bahkan, penggunaan sistem pesanan ringkas (sms) mula menjadi alat penyebar bahan-bahan lucah di kalangan pelajar selain VCD.
• Fakta kes : Kematian adik Muhammad Farid Ibrahim pelajar Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor, Ampangan ( 2004 ) dan Kematian adik Muhd Hadzrin pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi ( 2009 )
2) Kurikulum lebih bersifat exam oriented
• Pelajar diasak mengingati fakta dan memahami sesuatu pelajaran sekadar untuk lulus peperiksaan
• Pelajar mungkin beroleh markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi mereka mempunyai akhlak dan moral yang rendah
3) Pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan
• Sesi pengajaran lebih berpusat kepada guru bukan murid. Dimana guru lebih banyak menggunakan pendekatan bersyarah/berleter dan ABM kurang digunakan
• Guru kurang mengambil kira potensi pelajar seperti yang dihasratkan dalam KBSM. Murid kurang diberi peluang mengeluar pendapat dan bersoaljawab
• Aktiviti P&P lebih berfokus kepada mengingat pengetahuan, pelajar kurang diberi peluang untuk pelajar berfikir. Secara tidak langsung menyebabkan pelajar tidak sedar apa yang dipelajari/obj. pengajaran tak jelas
4) Dualisme dalam pendidikan
• Prof. Madya Dr. Halim Mat Diah, pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya mengkritik dasar pendidikan Islam di negara ini dan mempersoalkan dualisme yang diamalkan di sekolah-sekolah.
• Menurut beliau apa yang berlaku ialah kadang – kadang guru mata pelajaran Agama Islam mengatakan mendedahkan aurat adalah haram, tetapi kemudiannya masuk pula guru lain yang tidak menutup aurat. Jadi ini mungkin akan mengelirukan para pelajar.
5) Guru kurang menjiwai peranan sebagai murabbi
• Kebiasaannya tanggungjawab membentuk generasi berakhlak mulia adalah suatu amanah yang perlu dilaksanakan oleh guru pendidikan Islam.
• Wujud segelintir guru pendidikan Islam yang hanya berperanan didalam kelas dan sebagai penyampai maklumat sahaja. Tanpa di susuli dengan kata – kata nasihat dan peringatan
• Guru lebih mengutamakan gaji daripada mendidik pelajar
6) Pelajar Kurang Berminat
• Antara sebab pelajar kurang berminat :a. Waktu pengajaran yang kurang sesuai ( dihujung kelas ) dan tidak mencukupi untuk pelajar lebih memahamib. Guru hanya mengajar dari sudut teori kurang dari sudut amalic. Kementerian Pelajaran kurang meletakkan prioriti yang tinggi terhadap subjek pendidikan Islam lebih kepada subjek Sains dan Matematik
7) Persekitaran yang tidak memberangsangkan
• Kurang kerjasama daripada guru dan ibu bapa dalam membentuk akhlak dan sahsiah diri pelajar
• Keadaan dalam kelas / sekolah berbeza dengan keadaan persekitaran diluar
• Media massa berbentuk hiburan lebih banyak mempengaruhi pelajar daripada pengajaran nilai – nilai murni dalam pendidikan Islam.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al – Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat

BEZA CINTA


Cinta


- Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita.
- Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi..
- Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang

-Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita.
- selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka

- Kita sukakan dia kerana dia kelakar.
-Dia happy-go-lucky.
-Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut.
- Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat

-Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…J
mungkin gak...tp bg laki2 x kot ...ni pendapat sy le...org pompuan xblh mengharapkn kasih sayang kat laki2 tu lebih sgt...biase2 je..yg penting biar org laki2 tu kasih kat kite ...tp kena ikut jln yg btul le...ISLAM

BULAN-BULAN KELAHIRAN

Kasih Sayang Mengikut Bulan Lahir...

Januari


- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja ------------------------------------------------------------------

Februari

- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya. ----------------------------------------------------

Mac

- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan. -----------------------------------------------------

April

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan. ----------------------------------------------------------

Mei

- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan. ----------------------------------------------

Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan. --------------------------------------------

Julai

- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan. -------------------------------------------------

Ogos

- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan. --------------------------------------------------

September

- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya. ------------------------------------------------------

Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik - Memahami pasangan. ----------------------------------------------

November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan. ---------------------------------------------------

Disember

- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan