- Fitnah boleh diertikan sebagai seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain di tengah-tengah orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.
- Dalam Islam, fitnah dinilai sebagai tindakan yang lebih kejam daripada pembunuhan kerana akibatnya tidak hanya merugikan seseorang malah meyebabkan masyarakat kehilangan rasa kasih sayang, hormat- menghormati serta mecetuskan pergaduhan.
- Firman Allah s.w.t yang bermaksud Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan
( Surah Al-Baqarah:191 )
- Fitnah boleh berlaku di mana-mana terhadap seseorang. Justeru itu, fitnah merupakan satu dosa besar dalam Islam kerana boleh menjatuhkan aib seseorang dan menghalangnya daripada berbuat kebajikan.
- Firman Allah s.w.t yang bermaksud Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela yang kian kemari menghambur fitnah, yang sangat enggan berbuat baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa.( Surah Al-Qalam: 10- 12 )
- PUNCA TIMBULNYA FITNAH
- Didorong oleh persaan irihati atau dengki terhadap orang lain.- Kurangnya iman dan tiada kefahaman tentang larangan- larangan dan kemurkaan Allah.
- Lemah dalam berfikir dan sukar menerima kebenaran
- Hati dan jiwanya kotor dan tidak bersih
- Ingin mendapat kuasa dan pengaruh serta kepercayaan orang lain terhadap dakwaannya.
- Ingin membela diri atau menyelamatkan diri daripada hukuman.
- AKIBAT FITNAH
- Tidak mendapat masuk syurga di akhirat- Mendapat laknat dan kutukan Allah
- Mendapat azab Allah di dunia dan akhirat
- Tergolong orang yang paling jahat di dunia
- Tergolong seburuk- buruk hamba Allah
- Mendapat seksaan Allah di kubur
-RAWATAN PERBUATAN FITNAH
- Berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan fitnah- Memerangi orang yang menyebarkan fitnah
- Bicara baik-baik dan menjauhi perkara yang sia-sia
- Sentiasa menjaga lisan dan tindakannya
- Bertaubat kepada Allah dan memohon maaf kepada orang yang difitnah
- Menjauhi buruk sangka terhadap semua Muslim
-Mencegah orang berbuat fitnah dengan cara menasihatinya dan menunjukkan kemarahan dan sikap yang tegas terhadap orang yang suka menyebarkan fitnah.
- KESIMPULANNYA
- Perbuatan fitnah merupakan suatu sifat yang amat tercela dalam Islam kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan keharmoniaan manusia. Oleh itu, sebagai orang beriman,umat Islam haruslah mengawasi diri agar tidak mudah mempercayai fitnah atau membuat fitnah membabi buta terhadap orang lain tanpa bukti dan keterangan yang benar.
No comments:
Post a Comment