Saturday, May 16, 2009

ISU - ISU PENDIDIKAN ISLAM

1) Kurikulum gagal membentuk sahsiah diri pelajar
• Kurikulum ( manhaj ) adalah cara atau pendekatan yang digunakan oleh guru terhadap pelajarnya untuk mengembangkan pengetahuan, membentuk ketrampilan dan sikap mereka.
• Isu-isu seperti ponteng sekolah atau nakal di sekolah sudah tidak menjadi isu utama. Sebaliknya isu gangsterism, dadah, lepak dan aktiviti seks bebas sudah menular ke sekolah. Bahkan, penggunaan sistem pesanan ringkas (sms) mula menjadi alat penyebar bahan-bahan lucah di kalangan pelajar selain VCD.
• Fakta kes : Kematian adik Muhammad Farid Ibrahim pelajar Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor, Ampangan ( 2004 ) dan Kematian adik Muhd Hadzrin pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi ( 2009 )
2) Kurikulum lebih bersifat exam oriented
• Pelajar diasak mengingati fakta dan memahami sesuatu pelajaran sekadar untuk lulus peperiksaan
• Pelajar mungkin beroleh markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi mereka mempunyai akhlak dan moral yang rendah
3) Pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan
• Sesi pengajaran lebih berpusat kepada guru bukan murid. Dimana guru lebih banyak menggunakan pendekatan bersyarah/berleter dan ABM kurang digunakan
• Guru kurang mengambil kira potensi pelajar seperti yang dihasratkan dalam KBSM. Murid kurang diberi peluang mengeluar pendapat dan bersoaljawab
• Aktiviti P&P lebih berfokus kepada mengingat pengetahuan, pelajar kurang diberi peluang untuk pelajar berfikir. Secara tidak langsung menyebabkan pelajar tidak sedar apa yang dipelajari/obj. pengajaran tak jelas
4) Dualisme dalam pendidikan
• Prof. Madya Dr. Halim Mat Diah, pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya mengkritik dasar pendidikan Islam di negara ini dan mempersoalkan dualisme yang diamalkan di sekolah-sekolah.
• Menurut beliau apa yang berlaku ialah kadang – kadang guru mata pelajaran Agama Islam mengatakan mendedahkan aurat adalah haram, tetapi kemudiannya masuk pula guru lain yang tidak menutup aurat. Jadi ini mungkin akan mengelirukan para pelajar.
5) Guru kurang menjiwai peranan sebagai murabbi
• Kebiasaannya tanggungjawab membentuk generasi berakhlak mulia adalah suatu amanah yang perlu dilaksanakan oleh guru pendidikan Islam.
• Wujud segelintir guru pendidikan Islam yang hanya berperanan didalam kelas dan sebagai penyampai maklumat sahaja. Tanpa di susuli dengan kata – kata nasihat dan peringatan
• Guru lebih mengutamakan gaji daripada mendidik pelajar
6) Pelajar Kurang Berminat
• Antara sebab pelajar kurang berminat :a. Waktu pengajaran yang kurang sesuai ( dihujung kelas ) dan tidak mencukupi untuk pelajar lebih memahamib. Guru hanya mengajar dari sudut teori kurang dari sudut amalic. Kementerian Pelajaran kurang meletakkan prioriti yang tinggi terhadap subjek pendidikan Islam lebih kepada subjek Sains dan Matematik
7) Persekitaran yang tidak memberangsangkan
• Kurang kerjasama daripada guru dan ibu bapa dalam membentuk akhlak dan sahsiah diri pelajar
• Keadaan dalam kelas / sekolah berbeza dengan keadaan persekitaran diluar
• Media massa berbentuk hiburan lebih banyak mempengaruhi pelajar daripada pengajaran nilai – nilai murni dalam pendidikan Islam.

No comments: