11 MEI 2009 - ISNIN
* Pada tarikh ini kami diminta untuk melaporkan diri di sekolah masing-masing untuk memulakan sesi persekolahan yang telah lama ditinggalkan oleh kami semua. Akan tetapi saya dan beberapa sahabat-sahabat saya yang lain tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut kerana pada hari tersebut telah diadakan satu temudaga kementerian pelajaran malaysia. Saya dan beberapa sahabat yang tidak dapat menghadirkan diri diminta memberitahu kepada pihak pengetua sekolah untuk membuat penagguhan sehari kerana tidak dapat menghadirkan diri atas alasan ini.
12 MEI 2009 - SELASA
* 7.20 a.m - Bermulanya prapatikum kami di sekolah bagi mendedahkan suasana apabila berada di alam sekolah. Saya telah hadir ke sekolah dengan menghadirkan diri di perhimpunan sehinggalah berakhirnya perucapan dari guru-guru dan disertai oleh pengetua sekolah menengah agama chenor(smac).
* 9.00 a.m - Saya dan seorang sahabat saya yang bernama masitah turut mendapat di sekolah yang sama untuk menjalani prapatikum selama 4 minggu di sekolah ini. Saya bersama dengan masitah telah pergi ke bilik pengetua untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada pengetua sekolah agama chenor ini. Kami diberitahu serba sedikit mengenai sekolah dan pentadbiran sekolah yang dilaksanakan oleh beliau.
* 10.00 a.m - Setelah selesai bertemu dengan pengtua kami berdua telah pergi ke bilik guru lelaki dan wanita untuk berkenalan denga guru- guru dengan lebih rapat lagi di antara satu sama lain. Ada diantara guru yang kami kenali dan ada jjuga sebahagian guru yang kami tidak kenali kerana kebanyakkan guru pada tahun ini telah ramai berpindah di sekolah- sekolah yang lain.
* 11.00 a.m - Kami berdua pergi ke kantin untuk rehat seketika untuk menikmati makanan di kantin sekolah.
* 11.30 a.m - Setelah selesai makan kami berdua telah diberi meja di dalam bilik guru perempuan dan diberi guru pendamping 2 orang iaitu ustazah zainun dan teacher zainun.
* 12.00 p.m - Kami diminta untuk membantu guru menyediakan kertas soalan bagi subjek nahu untuk tingkatan 1, tauhid dan adab untuk tingkatan 4.
* 1.30 p.m - Kami berdua berbual-bual dengan guru-guru sebelum pulang ke rumah.
* 2.05 p.m - Balik rumah.....
13 MEI 2009 - RABU
* 7.20 a.m - Hadir ke sekolah dan menghadirkan perhimpunan....
* 8.30 a.m - Menjaga kelas peperiksaan bagi tingkatan 4 hidayah.
* 9.00 a.m - Menjaga kelas peperiksaan bagi tingkatan 4 taufik.
* 10.00 a.m - Berehat seketika di kantin
* 10.30 a.m - Diberi kerja untuk menyiapkan kertas soalan peperiksaan sirah bagi tingkatan 1 dan 2...
* 11.15 a.m - Berjumpa dengan pengetua sekejap..
* 11.30 a.m - Menjaga kelas peperiksaan bagi tingkatan 5 taufik...
* 1.00 p.m - Habis menjaga kelas peperiksaan pada hari ini..dan berborak dengan guru-guru mengenai pelajar-pelajar di sekolah ini.
* 2.05 p.m - Balik ke rumah....
14 MEI 2009 - KHAMIS
* 8.30 a.m - Masuk ke kelas tingkatan 2 yang diajar oleh teacher Nor liyana bagi subjek science untuk melihat kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diberikan kepada pelajar- pelajar.
* 9.00 a.m - Berjumpa dengan warden aspura iaitu ustaz Syed untuk mendengar beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajar sepanjang tahun ini.
* 9.40 a.m - Masuk ke kelas tingkatan 1 yang diajar oleh ustaz Faisal bagi subjek seni khat. Pelbagai kaedah yang diberikan kepada pelajar bagi memudahkan pelajar-pelajar memahami setiap langkah yang ditunjukkan...
* 10.30 a.m - Rehat
* 11.00 a.m - Berjumpa dengan guru Hal Ehwal Murid ( HEM ) iaitu En. Sofian untuk bertanyakan serba sedikit mengenai pelajar -pelajar di sekolah ini....
* 12.00 p.m - Berjumpa dengan guru Ko- Kurikulum iaitu Ustaz Khairudin untuk bertanyakan serba sedikit mengenai perkembangan peningkatan tahap sukan yang dijalankan pada tahun ini...
* 1.00 p.m - Ronda-ronda sekolah untuk melihat suasana persekitaran di sekolah ini...
* 1.30 p.m - Berborak dengan guru pendamping...
* 2.05 p.m - Balik ke rumah...
15 MEI 2009 - JUMAAT
* 8.00 a.m - Menjaga kelas peperiksaan bagi tingkatan 5 hidayah untuk subjek matematik kertas 2...
* 8.30 a.m - Menyambung kelas peperiksaan bagi tingkatan 5 taufik bagi subjek matematik kertas 2 juga....
* 10.30 a.m - Rehat
* 11.30 a.m - Menjaga kelas peperiksaan bagi tingkatan 4 hidayah..
* 12.05 p.m - Balik ke rumah..
18 MEI 2009 - ISNIN
- SAMBUTAN HARI GURU 2009
No comments:
Post a Comment