Saturday, October 29, 2011

~~~~tanggal 25/10/ 2011 genaplh umrku 22 tahun...
alhamdulillah diriku msih lgi diberikan nafas utk meneruskan kehidupan di muka bumi allah ini...ucapan timeksh yg xterhingga kepada keluargaku yg byk berkorban dari segi kasih syg,wang ringgit,,dan sebagainya sehinggalh diriku berada di menara gading ini dan akn menamatkan pelajaranku tidak lama lagi..insya allah...tidak lupe juga kepada guru2 , pensyarah2 ku, kwan2 ku, shbt2ku, dan semua yg mengenali diriku ucpan timeksh juga atas pengorbanan yg dicurahkan terhdp insan yg lemah ini....semoga kejyaan yg diimpikan menjadi milik kter bersama....amin....

~~~~~kepada kengkawan ku di ukm..manfaatkan masa kita bersama yg tgl baki2 utk meneruskan perjuangan ini..4thn kter bersama byk kenangan manis dan pahit yg pernah kita semua lalui...(mood sedih)hukhuk....xblhlh pjg2 lh tulis..nti ngis plak..hihiih..oklh...semoga berjaya kwan2...syg korg semua...love u...mmuaahh...

Friday, October 28, 2011

salam semua kengkwan..huhu..dh lme xberblogger ni...
akhirnya dpt jugak ingt blik password blog ni...alhamdulillah msh lgi diberikan kesemptan....
selamat berblogger semua....

Tuesday, December 29, 2009

SaYaNgiLaH SaHaBaT AnDa....

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.
KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.
DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.
DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.
KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.
DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.
TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.
BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.
KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA.
DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG
PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.
KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.
JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH
DGNKEBENCIAN.
KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA
BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK
MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.
SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.
SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.
SALAM KASIH SAYANG,
KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.
TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.
IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.
DAN DIA PUN MENANGI
DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN
ANAKNYA.
KAMU SUDAH TERLAMBAT.KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.
PENGAJARANNYA:
SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA
MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE
AKANTERJADI ESOK HARI.
KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS
TERAKHIR,TOLONG FORWARDKAN EMAIL INI DAN TUNJUKKAN PDNYA YG KAMU
BENAR2 MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN.
KAMU MASIH BERHATI PERUT JIKA KAMU FWRDKAN EMAIL INI PD SEORG SHJ. TAPI
JIKA KAMU TIDAK BUAT BEGITU, BOLEH KATAKAN YG BILA KAMU PERLUKAN
PERTOLONGAN, TIADA SIAPA YG AKAN MEMBANTU KERANA KAMU TIDAK MENGINGATI
SURAT INI.
I'M THANKFUL U'RE MY FREN.....

Wednesday, July 8, 2009

Mewujudkan suasana seronok belajar

Pembelajaran yang berkesan ialah pembelajaran yang menyeronokkan. Apabila keseronokan dirasai, segala keletihan, kerisauan atau kebosanan terhadap pelajaran dapat diatasi.

Oleh itu setiap murid haruslah bersedia agar diri mereka berada dalam keadaan yang seronok terutamanya ketika belajar. Bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseronokan pada diri ketika belajar?

Kekemasan: Pakaian yang kemas, rambut yang terurus, susunan buku yang baik

Caranya: Pastikan pakaian sekolah berada dalam keadaan bersih, kasut tidak kotor, rambut lelaki digunting dengan baik, rambut perempuan diurus dengan kemas serta bertudung, buku yang dibawa ke sekolah berada dalam keadaan yang baik tidak terkoyak dan mudah diambil apabila diperlukan.

Kesihatan: Diri yang sihat tanpa penyakit, keadaan bilik darjah yang bersih.

Caranya: Pastikan murid membersih diri setiap hari. Pastikan kawasan bilik darjah dan sekolah bebas daripada wabak penyakit. Adakan senarai tugas untuk membersih kawasan bilik darjah masing-masing. Guna tandas dengan baik. Jangan makan makanan yang tercemar atau terdedah.

Tingkahlaku/budi bahasa: Cara berbual dengan guru dan rakan. Tidak melanggari peraturan sekolah. Tidak ponteng sekolah.

Caranya: Perlu menghormati guru serta patuh segala arahan terutama apabila guru memberi tugasan kepada murid. Rakan juga harus dihormati. Jangan bergurau sehinggakan menyakiti hati rakan dan berakhir dengan perkelahian. Rajin ke sekolah, jangan terpengaruh dengan remaja luar yang ponteng sekolah.

Minda sihat: Mampu menggunakan fikiran ketika belajar

Caranya: Sentiasa berfikir sewaktu belajar. Banyak berinteraksi dengan guru dan rakan. Banyak membuat latihan.

Jiwa tenang: Menumpukan sepenuh perhatian ketika belajar

Caranya: Tidak menaruh rasa benci, marah, iri hati terhadap rakan atau guru. Sentiasa bersyukur di atas keselesaan yang dirasai. Sentiasa muhasabah diri untuk mengelak rasa bongkak dan sombong.

Cara-cara yang dinyatakan mampu menjadikan bilik darjah itu sebagai “rumah kedua” untuk murid-murid. Apabila diri dan bilik darjah dalam keadaan yang selesa maka pembelajaran dapat berlaku dengan baik. Tidak ada rasa bosan di jiwa kita malah ada pula murid yang suka datang ke sekolah untuk belajar walaupun pada waktu petang atau pada hari cuti hujung minggu.

UJI KREATIVITI ANDA!

Sediakan satu poster yang mengandungi langkah-langkah mewujudkan keseronokan belajar. Anda boleh menciptanya dengan menggunakan sebarang perisian berbantukan komputer yang sesuai atau melalui lakaran tulisan tangan. Sisipkan juga gambar/lukisan/lakaran untuk dijadikan hiasan pada poster anda. Lekatkan di papan pamer kelas anda.

Tip berhenti merokok:

l Buat keputusan untuk berhenti merokok dan maklumkan kepada ahli keluarga dan sahabat anda.Perasaan mahu berhenti merokok akan menjadi lebih mudah dengan sokongan serta galakan mereka.

l Buang semua rokok, mancis, pemetik api dan bekas abu rokok

l Belajar menolak tawaran orang lain untuk merokok. Jauhi orang yang sedang merokok

l Tarik nafas panjang-panjang untuk menenangkan perasaan, minum air sejuk atau mandi sekiranya berasa gian untuk merokok.

Kuatkan semangat anda. Jangan mudah menyerah kalah

l Minum lebih banyak air, elakkan minuman keras, kopi dan lain-lain minuman yang boleh merangsang anda untuk merokok

l Makan lebih banyak sayur-sayuran serta buah-buahan

l Libatkan diri dengan hobi atau kegiatan luar seperti berenang, berjalan, joging dan sebagainya untuk memenuhi masa lapang.

Friday, July 3, 2009

Bermulalah hidupku sebagai seorang pelajar...

Pada minggu ini,,05 / 7 / 2009 hari Ahad,,,saya akan mula untuk mendaftar diri di sebuah kolej universiti kebangsaan malaysia....kolej yang diidam-idamkan ialah tak lain tak bukan kolej yang berada dihujung dunia iaitu kolej pendeta za'ba..h.ehehehhehe,,,ase cam cepat jer abis cuti kn...hehhehehe...yerlah,,masa sangat mencemburui kita ..bukan manusia jer yg ada sifat cemmburu,,,malahan masa pon ada gak...hmmmm....beselah2 ....kalo kita x gunakan masa dengan betul2 memang rugilah org2 kn!!!!!betul x kwn2???dengan mulanya sesi pembelajaran bgi sem ini,,diharapkan lebih bersemangat lagi utk meneruskan cabaran yg masih belum selesai utk beberapa tahun lagi,,insya allah....kepada kwn2...selamat meneruskan peljaran dengan lebih bersungguh-sungguh utk mencapai apa yg diimpikan...dan selamat berjumpa lagi utk sesi 2009/2010 yg tidak lama lagi akan bermula...semoga berjaya kawan2...

Friday, June 5, 2009

KENALI MELALUI CARA BERJALAN

SEPERTI sukarnya mencari mutiara di lautan, begitu jugalah sukarnya untuk menilai seseorang untuk dijadikan suri hidup.

Mencari wanita untuk disayangi seterusnya menjadi pasangan hidup bukanlah seperti memilih atau menukar pakaian.

Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya disusuli dengan kasih sayang dan keteguhan hubungan adalah impian setiap individu.

Personaliti seseorang biasanya boleh dilihat daripada pelbagai aspek penjagaan kuku, bercakap, cara makan dan tidak kurang juga melalui cara berjalan.

Penerangan mengenai cara berjalan dan personaliti seseorang wanita mungkin boleh membantu golongan lelaki mengenali wanita yang bakal menjadi suri di hati mereka.

Berginjat

Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak jujur. Ketika berbual, perkataan yang sering keluar dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain.

Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana memiliki wajah yang menarik.

Menoleh ke kiri dan ke kanan

Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka. Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.

Menunduk

Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja.

Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebabnya, wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Kepala menegak

Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.

Badan bergoyang

Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan, tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Sifatnya yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

Badan menegak

Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menariknya, wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja.

Seperti zirafah

Jika berjalan seperti zirafah, maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.